Salam Aidilfitri 1437H

Hari ini yang sudah pun memasuki 22 Syawal, berbaki tujuh hari lagi sebelum berakhirnya bulan yang memberikan kebahagiaan dan keseronokan kepada umat Islam. Barangkali agak sedikit lewat untuk saya menceritakan perihal Hari Raya.
Ya, sebetulnya Aidilfitri itu diraikan cuma pada 1 Syawal. Yang membezakan hanyalah tradisi, maka sambutannya di Malaysia agak berpanjangan (dengan jamuan makan dan berkunjung-kunjungan). Dan saya pasti, selain dari menyambut hari kemenangan setelah sebulan mengerjakan puasa, Aidilfitri sangat dinantikan kerana masing-masing punya memori yang tersendiri yang tentunya kekal dalam kotak ingatan.

It’s that feeling when you wake up on that 1st Syawal morning, that somehow can’t be defined.

Saya pasti anda juga merasai perasaan itu :)

Tahun ini merupakan tahun yg ke-16 meraikan Aidilfitri tanpa kakanda saya yang tercinta. Sedar tak sedar, sudah begitu lama beliau pergi meninggalkan kami sekeluarga. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, begitu juga kepada semua ahli keluarga, sahabat dan siapa jua yang telah pergi terdahulu meninggalkan kita.

“ Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan : Roh itu dari perkara urusan Tuhanku;dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja” (Surah Al-Isra ayat 85).

Semoga diberikan kesempatan umur dan waktu untuk menyambut Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. Dan jika diizinkan Allah swt, saya bakal menyambutnya bersama keluarga baru. Semoga segala perancangan dimakbulkan olehNya. Amin.

Taqabbalallahu minna wa minkum wa ja’alanallahu minal ‘aidin wal faizin

Salam Aidilfitri buat semua !

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s