Dalam Kenangan

Beberapa minggu yang lalu, saya (dan seluruh warga kerja) dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Zainudin Aluui yang lebih dikenali sebagai En. Dino, seseorang yang begitu banyak jasanya di syarikat saya bekerja. Peluang mengenalinya tidak lama. Kalau tidak salah saya, beliau bersara selepas hanya setahun lebih saya memulakan kerjaya di Felda Marketing Services Sdn Bhd (kini FGV Trading). Pada masa itu, saya bertugas di bahagian operasi yang diketuai oleh beliau yang juga digelar sifu.

Orangnya ringkas, sangat tenang dan bersahaja. ‘Cool’ kata orang. Perbezaan umur membuatkan beliau seperti seorang bapa. Pada awalnya, saya agak takut dengan beliau kerana sewaktu temuduga, beliau kelihatan amat serius dan garang (atau mungkin juga ketika itu saya yang terlalu gugup). Jadi, imej beliau yang sebegitu terus lekat di kepala walhal setelah mengenalinya, langsung kontras sama sekali. Lembut dan perlahan percakapannya, begitu senang didekati.

Sebelum bersara, banyak ilmu yang dikongsi tetapi hakikatnya, lebih banyak yang tidak sempat saya pelajari darinya. Maklum saja, baru setahun jagung bekerja dalam bidang yang saya memang tiada pengetahuan apa-apa. Masih tercari-cari rentak.

Masih ingat ketika itu, bila beliau cuti, saya jadi risau, kalau-kalau ada masalah operasi yang tidak tahu bagaimana untuk diselesaikan. Dengan siapa saya mahu rujuk? Jadinya, hari-hari datang kerja dengan harapan, ‘penyelamat’ saya ada, boleh ‘backup’ kalau bos tanya apa-apa. Lega.

Saya juga masih ingat pada hari terakhir persaraannya, betul-betul dirasai, apatah lagi oleh senior-senior yang telah berpuluh-puluh tahun bekerja bersama. Orang yang begitu besar jasa, ilmu dan pengalamannya, perginya tiada berganti.

Menerima berita pemergiannya buat selama-lamanya pada pagi itu memang menyesakkan. Berita yang benar-benar meninggalkan kesan. Dan sepertimana ketika hayatnya, jenazah kelihatan tenang dan seperti sedang tersenyum. Yang pasti, beliau tidak sama sekali akan hilang dari ingatan dan ilmu yang dicurahkan akan tetap kekal, In Sha Allah.

Begitulah sesungguhnya kematian itu pasti datang, tidak mengira siapa, jauh atau dekat, sakit atau sihat, muda atau tua, kaya atau miskin tanpa kita duga dan bersedia.

Petikan kata-kata dari Saidina Ali bin Abi Tali r.a :

Jadilah kamu orang yang baik, bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi, janganlah kamu jadi orang yang jahat, bila ada dibenci, bila tiada disukai, bila mati disyukuri”

Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Zainudin Aluui.

image

Nota:
Salam takziah juga kepada En. Hamdan Mat Jafar yang dikenali sejak dari kecil semasa sama-sama menetap di Sabah dan ayahanda kepada sahabat saya yang telah pergi buat selamanya beberapa hari lepas.

Al- Fatihah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s