100 Happy Days Project Day 50: Salam Aidilfitri 1435

image

Di kesempatan yang mulia ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua umat Islam di seluruh dunia juga pembaca saya yang beragama Islam. Selamat tinggal Ramadhan, semoga kita semua dipanjangkan umur oleh Allah swt untuk bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. In sha Allah.

Jujurnya, sambutan Aidilfitri saya dan keluarga berlangsung dengan amat sederhana. Mungkin juga tidak semeriah keluarga-keluarga di luar sana. Seingat saya, sejak pemergian Allahyarhamah kakak saya yang tercinta 14 tahun yang lepas, suasananya memang berbeza sekali. Kebetulan, keluarga saya juga tidak besar. Jadi sambutannya biasa-biasa saja.

Namun begitu, bagi saya apa yang lebih penting adalah keberkatan Syawal itu sendiri, menyambut hari kemenangan dengan penuh rasa kesyukuran tanpa melupakan bahawa tugas kita dalam meningkatkan amal ibadah tidak terhenti dengan berlalunya Ramadhan :)

Dan yang pasti, semoga kita tidak lupa memanjangkan doa buat saudara-saudara Islam kita di Palestine yang kita semua sedia maklum sedang menghadapi ujian yang tidak terduga beratnya.

Akhir kata, Salam Aidilfitri sekali lagi dari saya. Mohon maaf atas penulisan saya yang barangkali ada silapnya. Untuk yang mengenali, maafkan saya atas segala kekurangan dan kesilapan. Semoga hidup anda sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan keberkatan dari Allah swt.

Amin Ya Rabbal ‘al Amin.

Advertisements

2 thoughts on “100 Happy Days Project Day 50: Salam Aidilfitri 1435

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s