Sebuah Cinta Kurniaan Ilahi

Dari mana harus ku mulakan kerana tiada kata yang boleh menyamai segala yang ku rasa.
Terima kasih kerana menghadirkan dia dalam mimpi ku, wahai Allah. Walau hanya sekejap cuma, kesempatan waktu yang Kau pinjamkan untuk aku berbicara dengannya seperti dulu kala dan berbalas senyuman dengannya amat membahagiakan sekali.
Di kala rinduku begitu menebal, aku hanya mampu berdoa sambil berlinangan air mata, entah untuk kali yang keberapa. Semoga Kau permudahkan urusannya dan berkati kehidupannya serta seluruh ahli keluarganya. Tiada yang lebih menggembirakan dari melihatnya bahagia.
Ketika harapan makin menjauh, aku tetap ingin percaya bahawa penantian ini bukan sesuatu yang sia-sia kerana aku telah berjanji untuk menunggu dengan setia. Maafkan aku kerana punyai perasaan yang sebegini kuat sejak hari pertama pintu hati ini ku buka. Biar nampak bodoh di mata manusia, niatku ikhlas menyintai dan menyayangi dia apa adanya, baik buruknya ku terima. Ya Allah, berikanlah aku daya untuk terus menunggu. Andai cinta ini satu dosa, Kau lenyapkanlah dia dari hati ini buat selamanya. Andai ditakdirkan aku pergi meninggalkan dunia, aku mohon beroleh izin dariMu agar dia bisa tahu, tiada sekelumit penyesalan di hati atas pertemuan dan segala-galanya yang telah Kau takdirkan, tidak pernah ada kebencian di hati yang hanya dihuni perasaan cinta untuknya. Namun, tinggi harapan agar dia memaafkan aku atas perasaan dan rasa cinta yang aku ada, yang ku kira telah menyesakkan dan hanya menimbulkan kesusahan pada dirinya. Perasaan dan cinta ini hadir atas ketentuanNya, kurniaan besar dari Ilahi yang tidak ternilai harganya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s