Itulah Dia Tuhanku

Ingin saya kongsikan kata-kata hikmah dari Almarhum Syeikh Al-Tantawi yang amat indah bait-baitnya untuk dijadikan pegangan dalam kehidupan. Barangkali, ada yang pernah terbaca atau mendengarnya.

Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang cantik,
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai,
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia,
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu,
Pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua serta hidup bahagia.
Andai kau lakukan 99 kebaikan tetapi terbuat silap sekali,
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain,
Itulah hakikat manusia.
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan,
Allah akan ampunkan semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu.
Itulah dia Tuhanku!

Subhanallah, Maha Suci Allah.
Hati saya amat tersentuh setiap kali saya baca. Kasih sayang Allah begitu luas, meliputi langit dan bumi untuk setiap hambaNya.
Tiada yang lebih membahagiakan dari dicintai oleh Tuhan Yang Maha Agung, yang begitu tinggi kedudukannya.
Tiada yang lebih membahagiakan selain jaminan yang kita akan bertemu denganNya bersama-sama dengan Rasul yang tercinta, hanya dengan menjadi hambaNya yang taat.
Sesungguhnya, tiada yang lebih pasti melainkan janji Allah. Berpegang kepada janji Allah, sungguh, kita tidak akan kecewa.
Jika kesempurnaan yang dicari, lupakan. Selamanya kita tidak akan bisa untuk menjadi sempurna kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah. Cukuplah dengan memberi yang terbaik dalam kehidupan. Cukuplah dengan berlaku jujur, adil dan menerima kelebihan dan kekurangan setiap insan.
Sememangnya kita hanyalah insan yang lemah dan selalu membuat kesilapan. Semoga kita sentiasa diberikan petunjuk dan hidayah agar tidak terus melakukan kesilapan yang sama. Semoga kita sentiasa terpelihara dari bisikan syaitan. Semoga Allah ampunkan segala dosa yang telah lalu. Semoga kita sentiasa berusaha untuk menjadi hambaNya yang setia. Dan semoga kita mengadapNya dalam keadaan yang penuh bersedia.
In sha Allah.

Nota kaki: Peringatan besar buat diri saya sendiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s