Idea dan Penulisan

Menulis, sama ada kerana hobi, kerana minat, untuk berkongsi perasaan, pendapat atau pengalaman pada hemah saya biarlah ada isinya, bukan untuk meraih apa-apa. Kalau yang dikongsi itu memberi manfaat atau pengajaran, kalau idea itu memberi inspirasi, walau tidak banyak,  itu sudah cukup bagus. Kalau sampai jadi popular, pasti ada sesuatu yang menarik mengenai penulisannya atau mungkin juga penulisnya. Saya tidak terfikir untuk pergi sejauh itu,kerana saya sendiri pun masih tercari-cari dan tidak mahu menipu diri sendiri. Yang pasti, saya temukan kepuasan dalam entri-entri saya yang tidak seberapa, yang saya kira masih hambar, dalam cubaan menzahirkan rasa.

Kadang-kadang, idea datang mencurah-curah, ada masanya di tengah-tengah kesibukan, out of nowhere. Terpaksa diketepikan dahulu, atau setidak-tidaknya merangka dalam kepala, dengan harapan esok lusa tak akan lupa.

Bila selak semula entri-entri terdahulu, saya senyum sendiri, geleng-geleng  kepala. Entah apa-apa. Nak dibuang, sayang. Simpan sajalah buat kenangan. Zaman mentah, orang ada blog, kita pun nak juga. Pada ketika itu, blog saya  lebih kepada diari. Bila dibaca semula, rasa seperti sudah hilang ingatan. Ada antaranya kejadian atau perasaan yang saya sendiri langsung tak ingat.

Hari ini saya menulis dengan cara saya sendiri, dalam bahasa saya sendiri. Mudah-mudahan kekal hingga ke mati :)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s