Salam Aidiladha

Esok, 10 Zulhijjah 1434 merupakan satu lagi hari istimewa buat umat Islam di mana kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang telah diperintahkan oleh Allah swt untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s.

Banyak iktibar dan pengajaran dari kisah tersebut, yang pertama sekali tentulah bagaimana taatnya Nabi Ibrahim dan anaknya dalam melaksanakan apa yang diperintahkan Allah terhadap mereka. Ketaatan yang sama sekali sukar dicari dalam diri kita sendiri.

Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?” Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim! “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:“Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!”. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

As-Saffat:101-108

Hari ini, pengorbanan boleh dilihat dari pelbagai sudut dan tentulah ianya dilakukan dengan tujuan kebaikan. Tidak pasti pula kalau ada yang berkorban demi kejahatan. Sebesar-besar pengorbanan yang paling dekat dengan kita pastinya pengorbanan ibu dan ayah membesarkan kita dari kecil sehingga dewasa. Rasanya tak perlu cerita panjang tentang pengorbanan mereka kerana kita sendiri pasti tahu segala apa yang telah dikorbankan oleh ayah dan ibu masing2. Wang ringgit, masa, tenaga, kesihatan dan segala macam lagi. Persoalan yang penting : adakah kita mampu untuk membalas kesemuanya? Tanyalah pada diri sendiri.

Sebenarnya, saya tidak berhajat untuk bercakap mengenai segala contoh pengorbanan yang ada. Rasa saya, semua pun boleh fikir sendiri. Cumanya, persoalan mengapa kita perlu berkorban? Untuk apa? Di dalam surah Al-Saffat itu sendiri, telah dinyatakan bahawa sesungguhnya Allah akan membalas tiap sesuatu kebaikan yang kita kerjakan. (Sebelum saya teruskan, ingin saya beritahu bahawa saya bukan orang yang arif dalam mentafsir ayat Al-Quran. Tafsiran saya hanya secara kasar untuk difahami oleh saya sendiri dan sesiapa juga yang terbaca artikel ni). Jadi, mengapa perlu berkorban? Pada saya, jawapannya jelas. Kerana kita yakin dengan janji Allah swt.

Hikmah Aidil Adha antara lain adalah hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Dalam Islam, kita sentiasa dituntut untuk melakukan kebaikan walaupun pada ketikanya, kebaikan itu dirasakan payah untuk dilakukan, walaupun pada ketikanya dirasakan kebaikan itu tidak menampakkan pulangan kepada kita. Maka pada masa inilah perlunya kita meletakkan kepercayaan kepada Allah swt kerana demi sesungguhnya, Dia lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Ada suatu hari, saya terdengar di radio, seorang ustazah mengingatkan tentang suatu kenyataan yang membuat saya tersedar seketika, bahawasanya tidak ada suatu kebaikan pun yang tidak akan dibalas oleh Allah swt, walau sebesar kuman.

Samalah juga dengan konsep pengorbanan. Nabi Ibrahim membuat keputusan tersebut kerana ketaatannya dan keyakinannya kepada Allah swt. Jangan lupa, ketaatan juga adalah satu bentuk kebaikan. Umpama seorang anak yang baik, sentiasa mentaati kata ibunya begitu juga seorang hamba yang baik, akan sentiasa mentaati perintah tuhannya. (Peringatan untuk diri saya sendiri).

Maka, demi menyatakan kesyukuran banyak sebenarnya yang boleh kita lakukan. Bukan hanya melakukan kebaikan bersempena dengan sambutan Aidil Adha, tetapi di sepanjang kehidupan. Walau apa jua kebaikan dan pengorbanan yang kita lakukan, jika diniatkan kerana Allah swt, pastinya diberi ganjaran olehNya.

Apa kebaikan apa yang telah kita lakukan pada hari ini ya? Simpan jawapan dalam hati, jangan sampai membangga diri pula :)

Selamat Menjalani Ibadah Korban & Salam Aidil Adha!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s