Catatan rasa

Pernah tak kita terfikir mcm mane rasanye jadi org susah, tak berduit, tak berharta? Menumpang teduh di bawah rumah kayu yg hampir reput, beratap kan zinc yg berkarat. Bila hujan, melimpah2 air turun dari atap yg bocor. Tak cukup duit nak beli makanan sedap2.Makan nasi yg digaul dgn garam pun dah cukup. Tiada tilam dan bantal empuk sebagai alas tidur.RM 10 rasa mcm Rm 100 sedangkan RM100 pada kita rasanya mcm RM 1.

Rasa sedih bila teringatkan org2 miskin yg hidup melarat. Rasa marah dgn diri sendiri betapa mudahnya kita menjadi seseorang yg tak bersyukur dan mudah terlupa. Dan saya adalah org yg tidak terkecuali. Sedih sebenarnya. Kadang2 naik kereta, ternampak ade seorang tua yg saya biasa nmpk..sgt tua. Bersusah payah dia mengayuh basikal lama di tepi jalan yg sibuk, penuh dgn kereta2 besar. Dia kayuh membawa kotak2. Pengutip kotak2 lama agaknya. Sedih. Bila nmpk dia, saya mesti terfikir, takde  keluarga ke dia? anak2? Sepatutnya dia duduk di rumah dan berehat. Bukan mengayuh basikal mencari makan. Teringat pula ayah saya. Dari saya kecil sampai besar, bekerja untuk menyara keluarga. Walaupun bukan org susah, tapi penat lelah ayah bekerja nak menyekolahkan saya, itu tanggungjawab besar yg telah meletakkan di mana saya berada sekarang.

Berbalik kepada cerita org tua tadi, memang hiba dibuatnya. Saya harap pakcik itu sekarang baik2 saja. Mungkin dia susah, tapi hati dia gembira, siapa tahu?( Walaupun susah juga nak meyakinkan seseorang seperti dia boleh gembira.) Bukan bermaksud dia tak layak untuk rasa gembira, tapi memandangkan kehidupannya yg sudah pasti dalam keadaan daif, mampukah dia tersenyum? Apa pun, yg penting, saya harap, dia tidak keseorangan,ada isteri, ada anak yg meneman.

Itu cerita org tua. Mcm mana pula dgn kanak2 miskin? Kecil2 sudah merasa susah. Kecil2 sudah pandai fikir nak tolong keluarga. Tak nak sekolah bukan sbb tak nak, tp tak cukup duit bayar yuran, nak kurangkan beban mak ayah, jadi tak payah lah pegi sekolah. Nak tolong mak ayah. Sedangkan dalam masa yg sama, kanak2 lain yg bertuah dilahirkan dalam keluarga senang atau setidak2nya sederhana, seronok fikir nak main je. Pegi sekolah,menunjuk2 pencil box yg cantik, beg cantik, baju baru, mcm2 lagi. Bercakap pasal menunjuk2 ni, mmg saya tak suka dan saya mmg tak faham. Kenapa org mesti menunjuk2? Masalahnya,kecil2 sudah pandai berlagak. Saya sendiri pernah mengalaminya masa sekolah rendah dulu. Entah kenapa, kwn2 suka sgt ckp besar. Asal beli benda baru, mesti nak heboh. Sampai ibu/bapa pakai kereta apa pun, nak cerita. Saya mmg tak faham.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s